Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Betul

Untuk cara menghilangkan jerawat dengan betul,anda mesti mencari rawatan yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Produk menghilangkan jerawat terlalu banyak di luar sana,yang dapat membantu anda menghilangkan jerawat sekaligus merawat masalah jerawat yang anda alami. Akan tetapi jenis produk yang anda gunakan dan jenis rawatan bergantung kepada jenis kulit anda. Sebelum anda membazirkan wang membeli produk yang menjanjikan hasil yang belum tentu sesuai dengan jenis kulit wajah anda,ada baiknya jika anda pastikan jenis kulit anda yang bagaimana, sama ada berminyak, jenis yang kering atau kedua-duanya. Jadi hasil rawatan bergantung kepada jenis kulit dan jenis bahan rawatan yang sesuai dengan kulit anda.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Betul

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Betul

 Bahan yang anda perlukan

  • Produk rawatan
  • Pembersih wajah
  • Pelembap
  • Losyen pelindung matahari

Arahan

  1. Terdapat banyak produk menghilangkan jerawat di pasaran,memilih yang betul-betul bersesuaian memang memeningkan kepala. Saya nasihatkan memilih produk yang mengandungi Beta Hydroxy Acid (BHA) atau salicylic acid, Benzyl Peroxide, Alpha Hydroxy Acid (AHA), Sulfur dan Retin-A,bahan-bahan ini sangat membantu dalam menghilangkan jerawat.
  2. Bagi produk yang mengandungi BHA,pilih kadar keasidan antara pH 3-pH3.5 .Kandungan ph BHA yang terlalu tinggi tidak akan sebarang kesan terhadap jerawat dan kandungan yang terlalu rendah akan merengsakan kulit anda.BHA adalah bahan yang akan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, dan menghilangkan jeragat di wajah.Bagi bahan yang mengandungi Benzyl Peroxide,saya cadangkan hanya gunakan pada kawasan tertentu sahaja,tidak sesuai digunakan secara menyeluruh . AHA pula bertindak memperbaharui kulit dan membuka liang pori supaya tidak tersekat oleh bakteria @ kotoran pada wajah. Secara peribadi,kulit saya jenis yang berminyak,BHA kurang berkesan tetapi selepas menggunakan AHA jerawat di wajah mula hilang.
  3. Sulfur juga boleh digunakan untuk merawat masalah jerawat dan lebih sesuai dijadikan mask. Dapatkan mask muka yang mengandungi sulfur. Retin-A sangat berkesan menghilangkan jerawat,cari produk yang mengandungi Retin-A sebagai bahan utama berbanding Retinol.
  4. Bersihkan wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan produk menghilangkan jerawat yang sesuai dengan kulit anda,Akan tetapi jangan terlalu kasar semasa membersihkan kulit anda.
  5. Gunakan produk pelembap kulit. Anda tidak perlulah dapatkan produk pelembap yang terlalu mahal,sebab semua fungsi pelembap adalah sama,iaitu melembapkan kulit. Pelembap sebenarnya lebih sesuai digunakan pada jenis kulit yang kering.Jika kulit anda jenis yang berminyak,penggunaan losyen pelindung matahari(sunscreen losyen) sudah mencukupi pada waktu pagi.
  6. Losyen pelindung matahari boleh digunakan untuk merawat jerawat dengan lebih pantas. Tetapi tidak saya galakkan pada kulit yang berminyak. Fungsi utama losyen jenis ini adalah untuk melindungi kulit daripada sinaran UVB(menyebabkan kulit terbakar) dan UVA(menyebabkan penuaan).Jadi adalah penting untuk melihat dahulu bahan aktif dalam mana-mana losyen yang anda beli.Pilih titanium dioxide dan zinc oxide sebagai bahan aktif untuk menlindungi kulit dari sinaran UVA.

Tips dan Amaran Penggunaan Produk Rawatan

  1. Berikan masa sebulan sebelum menentukan sesuatu produk itu tidak berkesan.Kulit anda akan mengambil masa untuk adjust kepada jenis produk yang anda gunakan
  2. Gunakan setengah sudu kecil losyen pelindung matahari(sunscreen losyen) pada bahagian muka dan leher untuk perlindungan maksimum dari sinaran UVA dan UVB
  3. Coklat TIDAK menyebabkan jerawat,tidak ada kajian saintifik menunjukkan coklat menyebabkan jerawat.
  4. Jangan menyentuh atau memecahkan jerawat,ini akan menyebabkan jerawat bertambah teruk
  5. Jangan terlalu stress
  6. Jangan mencuba pelbagai produk rawatan jerawat serentak.Hanya gunakan satu dalam tmpah masa tertentu